Good News....
Dapur Basah & Stor dah siap lebih kurang 95%
cuma tinggal nak touch up sikit-sikit je lagi. Tingkap & pintu belum pasang sebab belum cat lagi.
ada baiknya belum cat lagi belakang rumah ni, ikut pengalaman rumah orang tua aku dulu,
abah nak masuk rumah cepat sebab nak kasi aku masuk sekolah baru nanti
abah pun minta pak usu aku cat rumah walaupun pak usu dah kata kena tunggu plaster dinding kering dulu baru cat. Abah nak juga rumah dia dicat secepat mungkin.
akibatnya masa kami pindah rumah abah dulu, bau cat xhilang2 walaupun dah berbulan-bulan duduk kat rumah tu, dah lah abah pilih cat minyak untuk dinding bilik makin pening kami ni kalau nak tidur, manakala cat di bahagian dinding pula mengelembung hasil daripada dinding yang tidak kering ni
so aku ambil iktibar dari rumah abah huhuhuhu
yelah yang duduk kat wet kitchen tu nanti aku, kalau berbau atau tak cantik nanti dapur tu aku yang merasainya. hahahaha
cornis siap
table top siap
tiles siap
kalau perasan skirting kami warna hitam sebab tiles lantai beli tak cukup so ganti dengan tiles table top yang ada lebih huhuhu
bahagian stor, lantai ditinggikan dalam seinci
tiles dalam stor
bahagian stor takde cornis
settle bahagian wet kitchen
pergi bahagian dalam pulak
kerja-kerja untuk L Box telah dimulakan
bermula dibahagian ruang makan dahulu, ruang ni siling asalnya adalah simen tak ada plaster siling.
walaupun pada mata kasar kami nampak macam rata tetapi kontraktor kata sebenarnya tidak. Keadaan ini menyukarkan pemasangan L Box dijalankan.
ini lah alatnya nak tengok dinding @ siling rumah kita senget atau tidak.
En. Bos guna kat dalam bilik & ruang tamu jugak, Alhamdulillah semua ok kecuali siling ruang makan.
Inilah Alek, dah jadi kawan baik En. Bos sekarang... hahahaha
Proses pemasangan L Box
hari ni siap ni jer huhuhu
kalau tengok mungkin senang tapi susahnya sebab siling tak rata.
Masa En. Bos nak balik tiba-tiba hujan.
Bila dah hujan En. Bos snaplah pic dekat bahagian porch ni
Hrmmm.... memang patut kami naikkan tembok ni
kalau hujan memang aku tak boleh nak jemur kain lah jawabnya
Oklah lagi 2 hari nak Raya
Alek minta cuti kat kami 3 hari mulai esok hingga jumaat.
kami kata kami tak kisah pun kami faham
Akhir kata Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Canggihnya alat tu..mcm robot..
ReplyDeleteKali senget cmne?? Nk complain kt developer ke?