Saturday 24 August 2013

My Laundry

Kerja2 pack barang untuk pindah rumah baru sedang berlangsung. 
Segala benda dah ku pack masuk dalam kotak siap2. 
Tinggal baju basahan je yang ada. 

Siapa2 jiran aku kat warisan bestari rasa nak pakai kotak untuk pindah nanti. 
Bolehlah ambil kat rumah aku ye recycle balik kotak2 ni untuk korang pulak pindah.

Mesin basuh aku telah dibalut oleh En. Bos. 
Susah lah aku nak basuh baju ni pulak. 
Akhirnya aku buat keputusan basuh baju kat My Laundry terletak di Presint 15 sebelahan dengan kedai mamak Haji Tapah dan belakang kedai cermin mata New Mega Optic.

Dulu masa mesin basuh lama aku terbakar memang selalu pergi masuh kat laundry ni dok basuh baju. 
My Laundry ni selfservice ada washer & dryer, settle boleh terus lipat. 
Klau nak pergi sediakan duit syiling banyak2 ye

Check in je kat foursquare kalau xtahu tempat


untuk 5-6kg kena bayar RM3.50

untuk 8-9kg kena bayar RM4.50

Dryer RM3.50
Lokasi My Laundry
Kalau tak bawak sabun, boleh beli sabun kat sini.
Note: sila bawak bekas contoh cawan
pakai air RO ye untuk sabun ni huhuhu
Baju2 kat dalam dryer tu patik yang punya wakakakaka

Monday 19 August 2013

34th day of renovation

Salam 1Malaysia
Alhamdulillah L Box plaster siling 100%  dah siap. 
Wiring kipas & lampu pun dah siap pasang. Jom layan gambar....

L Box untuk ruang tamu
Ketika downlight dibuka

Ketika lampu kalimantang dibuka

Semua lampu dibuka

L Box untuk ruang makan
Ketika downlight dibuka

Ketika lampu kalimantang dibuka

Semua lampu dibuka

Kami pilih downlight warna kuning manakala lampu kalimantang warna putih. Biar nampak ada beza sikit bila dibuka lampu tu hehehe..... Sebenarnya kami pun tak tahu bab beli lampu untuk L Box ni. Dapat idea macam ni pun atas nasihat rakan tempat kerja.

Kami suka downlight warna kuning berbanding warna putih yang nampak silau. Downlight kuning ni nampak lembut je, kalau rasa nak terang lagi baru pasang lampu kalimantang.

Ni hasil plaster siling untuk lorong antara ruang tamu & makan tapi tak cat lagi. Ai malas nak update yang latest hahaha

Pasal lampu & kipas akan ku update untuk entry yang lain.

Untuk L box ni kami teramat puas hati. Kalau nak buat L box memang suggest buat dengan Alek memang teliti orangnya. 

Wednesday 14 August 2013

29th day of renovation

Salam 1Malaysia
Huhuhuhu semangat waja nak bercerita ni. 
Balik cuti raya pergi tengok rumah. Alhamdulillah plaster siling dah hampir siap. Target kami lepas raya boleh masuk rumah, harap2 terlaksanalah sebab tak larat nak kena bayar kuarters dan rumah juga.

Entry sebelum raya tu dah cerita pasal L box yang baru nak mula. Jadi cerita L box lah hari ni.

Aku pilih L box ni yang simple dan kecil, ada juga patern macam ni tapi besar lagi. Aku tak nak sebab sedar diri ruang tamu aku kecik je huhuhu.... 
Bab plaster siling dan cornis aku yang pilih sebabmasa sesi pemiilihan En. Bos tengah sibuk dengan orang wiring dari developer. Kontraktor tu pun macam tahu je aku jenis suka yang simple. So masa pilih tu macam2 aku tanya termasuk minta pendapat dia sesuai ke tak untuk rumah aku. En. Bos cuma tahu isteri dia ni dah pandai2 pilih hahaha... nasib En. Bos tak bising sebab dia tahu isteri dia ni pun jenis cerewet juga .

Dining L box done.
Lampu & kipas belum pasang lagi 

Pasang kipas kat sini

Bahagian tepi pun letak cornis

Living room L box 90% done
Alek tengah plaster 

Siap pasang tapi belum plaster
L box sini pun ada cornis juga

Living Room L Box done - finally


Ruang tamu punya simple je 
sesuai dengan jiwa ai huhuhhu

Peralatan untuk plaster

Lorong antara ruang tamu dan ruang makan ni akan letak plaster, baru nampak kemas
(ni ayat kontraktor, ai copy and paste je)

now nampak serabut

Alhamdulillah dengan semua kejadian

Saturday 10 August 2013

Nak ke tak nak?: Power Track

Assalamualaikum,

Power Track ni dah lama aku berkenan. Dulu aku perasan masa pameran Home Deco, harganya teramatlah mahal so diamkan diri je lah dan tak pernah pun bercerita dekat En. Bos pasal benda ni. 

Bila dapur dah hampir nak siap ni, aku kerap survey kitchen cabinet dan kitchen appliances. Terbuka pula facebook Builders Hardware ni. Nampak kemas je dapur dia kan.. :-)
Rasa macam nak pasang pulak Eubiq Power Track ni hahahahaha

Aku pun mulalah search thru google kama tahu ada orang lain dah pasang kat rumahnya. Result bila aku search cuma sorang blogger ni jer yang ada entry pasal power track ni... sedih betul sebab aku nak tengok baik buruk kalau pakai benda ni

Hasil pencarian melalui Youtube jumpalah video Eubiq ni. Tengok video ni mudah sikit nak cerita kegunaannya... 

Aku tengok kat House of Lighting, Puchong ada jual, huhuhu harga murah sikit jelah 
nanti aku post picnya

aku nak pasang ke tidak? huhuhu tak tahu lagi lah. En Bos diam je (yelah mahalkan) 
tapi aku dah minta En Bos tanya kat kontraktor pandai pasang atau tidak benda ni. takut silap hari bulan beli2 tapi kontraktor tak reti ni pasang hahahaha kan dah membazir namanya tu

so tunggu entry seterusnya kalau nak tahu pasang ke tidak 

Tuesday 6 August 2013

23rd day of renovation

Good News....
Dapur Basah & Stor dah siap lebih kurang 95%
cuma tinggal nak touch up sikit-sikit je lagi. Tingkap & pintu belum pasang sebab belum cat lagi.
ada baiknya belum cat lagi belakang rumah ni, ikut pengalaman rumah orang tua aku dulu,
abah nak masuk rumah cepat sebab nak kasi aku masuk sekolah baru nanti
abah pun minta pak usu aku cat rumah walaupun pak usu dah kata kena tunggu plaster dinding kering dulu baru cat. Abah nak juga rumah dia dicat secepat mungkin.
akibatnya masa kami pindah rumah abah dulu, bau cat xhilang2 walaupun dah berbulan-bulan duduk kat rumah tu, dah lah abah pilih cat minyak untuk dinding bilik makin pening kami ni kalau nak tidur, manakala cat di bahagian dinding pula mengelembung hasil daripada dinding yang tidak kering ni
so aku ambil iktibar dari rumah abah huhuhuhu
yelah yang duduk kat wet kitchen tu nanti aku, kalau berbau atau tak cantik nanti dapur tu aku yang merasainya. hahahaha

cornis siap
table top siap
tiles siap
kalau perasan skirting kami warna hitam sebab tiles lantai beli tak cukup so ganti dengan tiles table top yang ada lebih huhuhu 

bahagian stor, lantai ditinggikan dalam seinci

tiles dalam stor

20130806_183815.jpg
bahagian stor takde cornis

settle bahagian wet kitchen 
pergi bahagian dalam pulak
kerja-kerja untuk L Box telah dimulakan

bermula dibahagian ruang makan dahulu, ruang ni siling asalnya adalah simen tak ada plaster siling.
walaupun pada mata kasar kami nampak macam rata tetapi kontraktor kata sebenarnya tidak. Keadaan ini menyukarkan pemasangan L Box dijalankan.


ini lah alatnya nak tengok dinding @ siling rumah kita senget atau tidak.
En. Bos guna kat dalam bilik & ruang tamu jugak, Alhamdulillah semua ok kecuali siling ruang makan.

Inilah Alek, dah jadi kawan baik En. Bos sekarang... hahahaha 
Proses pemasangan L Box



\
hari ni siap ni jer huhuhu
kalau tengok mungkin senang tapi susahnya sebab siling tak rata.

Masa En. Bos nak balik tiba-tiba hujan.
Bila dah hujan En. Bos snaplah pic dekat bahagian porch ni

Hrmmm.... memang patut kami naikkan tembok ni
kalau hujan memang aku tak boleh nak jemur kain lah jawabnya

Oklah lagi 2 hari nak Raya 
Alek minta cuti kat kami 3 hari mulai esok hingga jumaat. 
kami kata kami tak kisah pun kami faham

Akhir kata Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Friday 2 August 2013

19th day of renovation

Macam mana nak memulakan cerita. 
Hari ni kontraktor (grille) call En. Bos menyatakan grille dah siap pasang. ??????


Kontraktor untuk grille ni memang kami tidak berapa berkenan dengan cara dia bercakap. 
Aku bukan nak cakap kami ni baik sangat tapi kami teramat pantang kepada orang yang cakap pasal keburukan orang lain.


Kami ni nak order grille & tinted. Dia sibuk tanya pasal berapa banyak kami habis buat rumah, kutuk korntaktor lain di perumahan aku, nak tahu siapa kontraktor kami & siap sound kami banyaknya batang besi terlebih kat rumah aku.

Kalau ikut hati rasa tak nak ambil dengan dia ni tapi disebabkan murah dan dipromote oleh jiran tetangga, kami keraskan hati jugak.

Berbalik kepada cerita tadi, En. Bos mempersoalkan kenapa dah pasang grille baru nak call. Seperti entry sebelum ni dimaklumkan En. Bos amat teliti orangnya. En. Bos nak tengok masa pemasangan grille dijalankan. Seelok2nya semasa pemasangan grille dilakukan tuan rumah ada bersekali sebab kita perlu tahu sekiranya ada plaster yang retak atau tidak. En. Bos bertekak dengan kontraktor ni. Kontraktor ni sebenarnya call nak minta duit untuk kerjanya yang dah settle. Disebabkan bertekak dia siap ungkit dengan En. Bos tentang deposit kami cuma rm500 sahaja. Hrmmmm.... kedai grille cha ya nun alif pun deposit rm100 je.

Ini hasil kerjanya baru tengok luar sebab tiada kunci nak masuk dalam.
Pintu grille untuk belakang ni kami tidak berapa puas hati sebab kontraktor ni kata nak bagi plat 5 kaki tapi tengok macam 4 kaki je. Kunci pintu pulak kata sama macam dihadapan tapi bagi kunci biasa sahaja. Esok aku upload pasal grille ni lagi.


Siling sebelah luar dah settle


Plaster siling & cornis bhgn dapur dah settle.