Friday, 2 August 2013

19th day of renovation

Macam mana nak memulakan cerita. 
Hari ni kontraktor (grille) call En. Bos menyatakan grille dah siap pasang. ??????


Kontraktor untuk grille ni memang kami tidak berapa berkenan dengan cara dia bercakap. 
Aku bukan nak cakap kami ni baik sangat tapi kami teramat pantang kepada orang yang cakap pasal keburukan orang lain.


Kami ni nak order grille & tinted. Dia sibuk tanya pasal berapa banyak kami habis buat rumah, kutuk korntaktor lain di perumahan aku, nak tahu siapa kontraktor kami & siap sound kami banyaknya batang besi terlebih kat rumah aku.

Kalau ikut hati rasa tak nak ambil dengan dia ni tapi disebabkan murah dan dipromote oleh jiran tetangga, kami keraskan hati jugak.

Berbalik kepada cerita tadi, En. Bos mempersoalkan kenapa dah pasang grille baru nak call. Seperti entry sebelum ni dimaklumkan En. Bos amat teliti orangnya. En. Bos nak tengok masa pemasangan grille dijalankan. Seelok2nya semasa pemasangan grille dilakukan tuan rumah ada bersekali sebab kita perlu tahu sekiranya ada plaster yang retak atau tidak. En. Bos bertekak dengan kontraktor ni. Kontraktor ni sebenarnya call nak minta duit untuk kerjanya yang dah settle. Disebabkan bertekak dia siap ungkit dengan En. Bos tentang deposit kami cuma rm500 sahaja. Hrmmmm.... kedai grille cha ya nun alif pun deposit rm100 je.

Ini hasil kerjanya baru tengok luar sebab tiada kunci nak masuk dalam.
Pintu grille untuk belakang ni kami tidak berapa puas hati sebab kontraktor ni kata nak bagi plat 5 kaki tapi tengok macam 4 kaki je. Kunci pintu pulak kata sama macam dihadapan tapi bagi kunci biasa sahaja. Esok aku upload pasal grille ni lagi.


Siling sebelah luar dah settle


Plaster siling & cornis bhgn dapur dah settle.

No comments:

Post a Comment