Tuesday 30 July 2013

17th day of renovation

Janji tidak ditepati.
ahak3.... ini bukan kontraktor ye tapi En. Bos. Semalam kata tak nak jenguk rumah.
Tapi tadi pergi jugaklah menjenguk rumah tu. hahahaha....
tak pasal2 isterimu ini kena berkorbankan masanya untuk menjadi drebar kepada anak2mu itu.....
huhuhu xkisah pun dah tangungjawab seorang ibu kan....

Bernasib baik jugaklah En. Bos menjenguk rumah hari ni sebab tukang tinted dah datang untuk tinted rumah.
Kami memilih Golden Brown (fuh nacam cite James Bond lah pulak)
Warna ni memang dari dulu favorite En. Bos sebenarnya. Kalau jalan2 tengok rumah orang lain, En. Bos memang puji colour ni. Aku selaku isteri ikutkan aje huhuhu memang aku ni jenis xkisah sangat pun berbanding dengan sifat En. Bos yang teliti orangnya.

Pic sebelum tinted

Pic proses pemasangan tinted

Pic selepas tinted


Menurut kontraktor untuk tinted ni, dia kata Golden Brown ni cuma 2 lapis sahaja, kalau nak yang 3 lapis cuma untuk Green Silver & Silver sahaja. Entah betul ke tak aku pun tak pasti sebab bab tinted memang kitorang tak survey. Yelah beza harga pun tak berapa banyak. Survey banyak2 pun nanti buang duit minyak je.

Table top dah siap, tiles dinding dapur pun dah siap. Tiles favorite aku hahahahaha

Goodbye ye, esok lusa nak tengok tinted dah siap ye...

TQ En. Bos sebab tolong isterimu ini ambil semua pic rumah

Monday 29 July 2013

Permohonan Permit Majlis Perbandaran Sepang

Ramai bertanya macam mana nak mohon permit di Majlis Perbandaran Sepang untuk buat penambahan ruang rumah.
Untuk permohonan permit kalau nak renovate rumah kena minta kelulusan pihak berkuasa tempatan dahulu.
Untuk memudahkan kalian saya akan lampirkan senarai pelukis pelan yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Sepang.
So dapat jimatkan masa anda xperlu ulang-alik ke MPS semata-mata nak ambil nama pelukis pelan.

(mohon abaikan tulisan pen, takut ada yang salah faham)

Bolehlah lepas ni call satu persatu untuk tanya harga perkidmatan mereka ni. 
Pastikan tanya harga yang diberi tu termasuk bayaran kepada pihak MPS atau tidak?

Kepada MPS ada dua bayaran yang kita perlu buat RM500 (yang ni boleh dapat balik) & RM150++ (mengikut keluasan yang direnovate tu).

Dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon untuk mohon permit adalah:
1. Salinan S&P
2. Salinan Kad Pengenalan Pemilik (kalau ada 2 pemilik kena bagi kedua-duanya sekali)
3. Salinan Cukai Taksiran tetapi sekiranya perumahan baru boleh gantikan dengan salinan CF

Dokumen lain-lain tu pelukis pelan akan sediakan, jadi tak perlu risau.

Harap dapat membantu kalian semua.

16th day of renovation

Tengahari tadi En. Bos datang melawat rumah. Table top dah hampir siap pasang mozeknya.
Tapi rasa macam lambat sikit lah flow kerja ni. Mula2 En. Bos xpasti kenapa, tapi bila nampak ada 1 alat ni barulah tahu penyebabnya.
Mesin pemotong tiles. 
Hahaha agaknya si kontraktor ni tak tahan kot potong tiles pakai pemotong warna biru tu so ambillah mesin tu untuk mudahkan kerja.

En. Bos kata kalau pakai mesin ni masa yang diambil untuk potong 10 tiles dari pemotong tu cuma 1 tiles sahaja. Paham ke ape aku cakap ni... huhuhu 

Bersepah dapurku
Sisi tepi dalam proses pemotongan
Sinki murah letak kat luar wakakaka

Esok En. Bos malas nak datang melawat lagi. Mungkin lagi 2-3 hari baru datang balik. So tunggu jelah ye

Sunday 28 July 2013

15th day of renovation

Sesi membeli tiles telah berlangsung semalam. 
Mula2 cari dekat bandar baru nilai tapi banyak dah tak de stok. 
Kedai cadangkan tunggu seminggu utk stok sampai.
Si kontraktor aku dah pening sebab kerja dah siap kat rumah tu tinggal nak pasang tiles je lagi. 
So dia cadangkan pergi kajang je terus.
Dan memang betul pun kajang banyak stok. 
Kebanyakan tiles ada kecuali tiles pilihan hati untuk table top je xde stok.

Kami nak yang ni untuk table top tapi dah habis stok

Tapi yang untungnya kontraktor bagi pilih yang lain. Beza harga rm2.90. Huhuhuhu seronoklah aku.

Pic dari dekat xambil huhuhu


Tiles untuk lantai. Kami ambil permukaan yang kasar, kontraktor pun suggest benda yang sama sebab dia takut licin nanti kat dapur. (Ada customer pernah mengadu kat kontraktor ni anaknya jatuh sampai dahi berjahit disebabkan lantai dapur tu licin)

Tiles untuk dinding dapur. Pujaan hatiku.

Yang ni pujaan hati En. Bos. Tempat letaknya pun depan mata En. Bos. Hehehehe

L box & cornis pun dah siap beli

Hari ni pagi2 ahad ada appoinment dengan kontraktor grille. Sambil2 tu bolehlah buat spotcheck kat rumah tu.

Kerja pasang tiles dah bermula di bahagian table top.

Tgk yg atas je ye, jgn tgk yang bawah. Cun x? Hehehe

Hari ni dijangkakan table top akan siap dipasang tiles secara keseluruhannya.
Kami tak larat nak tunggu sampai petang. So akan update lagi ye.

Saturday 27 July 2013

13th day of renovation

Alhamdulillah dinding dah siap plaster termasuk table top utk bhgn luar, hasil kerja renovation setakat ni memuaskan hati kami.
Bhgn luar rumah dah siap
Bhgn stor pun dah siap
Ni tiba2 ada bata ni kenapa pulak?
Inilah table top aku
Ini kawasan aku punya wakakakaka
Voom dekat sikit
Table top dalam dh bukak papannya
Dlm proses buat bhgn bwhnya pulok


Esok kami diarahkan untuk memilih tiles dapur & table top. 
Bab ni paling aku suka, bab menghabiskan duit tu kerja aku hahaha....
Jgn marah ye En. Bos....

Sunday 21 July 2013

9th day of renovation

Semalam dah nampak rangka bumbung & hari ni bumbung dah siap.  Yes......

En. Bos minta buat 1 lagi tingkap tambahan kat depan stor nanti sbb takut bilik belakang nanti jadi gelap. So bingkai tingkap pun dh siap pasang kecuali yang 1 tingkap permintaan En. Bos tadi lah.

Esok kemungkinan akan mula plaster dinding. Pemerhatian kami tengok simen kat dinding pun dah kering termasuk 2 tiang yang ikat dinding rumah. Alhamdulillah kegusaran aku selama ni tidak menjadi kenyataan. Risau jugak dinding tak kering lagi kontraktor dah plaster.

Jom layan gambar untuk progress renovation untuk hari ni.
Bingkai tingkap dah pasang
Selepas tingkap ditebuk
Sebelum tingkap ditebuk
Tepi dinding rumah jiran
bumbung dah siap 
ni lah tingkap 1 yang En. Bos suruh tambah
Nampak terang sikit belakang ni
Nak juga bergaya walaupun tengah panas ni

Saturday 20 July 2013

8th day of renovation

Perjalanan untuk ubah suai rumah akan jadi slow sikit atas sebab2 tertentu. Lagi pun sekarang bulan Ramadhan. Kami pun tidaklah nak cepat sangat siapnya tu. Cuma harap lepas raya dah boleh pindah.
Hari ni nampak bumbung dah ada rangka manakala dry kitchen table top pun dah curah simen. Jom layan je gambo cerita banyak pun dah takde cerita.
rangka bumbung dah siap
kerja tangan yang kemas
simen dah curah

Tuesday 16 July 2013

5th day of renovation

Jom layan pic
dinding xde tingkap ni untuk stor
ni bahagian wet kitchen
Tambah kapsyen
sebelah kanan pintu utk mesin basuh dan stor

Saturday 13 July 2013

2nd day of renovation

Puasa pada hari ke 4 di bulan Ramadhan ini.
Pagi siap2 pergi KLCC sebab nak beli tiket bola Malaysia lwn Barcelona (pasukan no.1 dlm hati En. BOS).
Dah dpt voucher tiket bola lega lah hati En. Bos hehehehe....
So En. Bos ajak pi tengok rumah kami sebab semalam budak kontraktor tu kata barang2 nak renovate dh sampai kat rumah aku. So kami nak datang terjah rumah tu nak tengok barang ape yang dia beli.
Hasil dr sesi terjah tersebut kami nampak bukan barang je dia dah beli tapi kerja pun dah mula. So macam biasa layan gambar.
banyak jugak simen kena guna
pintu untuk dapur (tgk harga kat plastik tu RM180 je)
pagar hijau ku roboh
nak buat beam