Sunday, 8 September 2013

Lamanku sekangkang kera


Inilah laman rumah kami 6ft x5ft je. Xdelah sebesar mana pun tapi syukur Alhamdulillah rezeki kami dapat jugak tanah macam ni, suka sangat2..... 

Rumput yang developer bagi ni sangatlah tidak berkenan di hati. Nak tahu sebab ape? Sebab rumput ni bercampur2 jenisnya macam2 ada. Lalang, semalu, rumput lembu, mutiara pun ada. Hahahaha jenuh En Bos kemas nak buang rumput ni semua. Paling degil akar semalu ni. Kuat pulak tu nak cabut...

Kami pun survey nursery untuk beli rumput philipine. Nak murah kena beli kat Sg Buloh tp kalau dah tol + minyak sama jelah harganya pun. Siapa yang rumah conner lot @ endlot ada tanah memang aku suggest pergi Sg. Buloh. 

Anak2 dah ku transfer pergi rumah kakak aku kat Shah Alam. Niat di hati nak kemas rumah tapi rasa gatal sangat nak ajak En. Bos cari rumput karpet ni. Naik motor je survey kat area salak tinggi, area bangi tak mau survey sebab ramai blogger kata kat bangi mahal cecah rm3 sekeping.

So cari punya cari jumpalah satu nursery ni. Xue Bang Nursery nama diberi hahahaha.... kalau dari rumah aku kat warisan bestari ni senang je nak pergi. Ikut jalan menuju ke pekan salak terus je, sampai jumpa simpang empat kiri ke Bandar Enstek kanan ke KLIA, ambil jalan terus je kiri kanan ladang kelapa sawit. Nanti jumpa Xue Bang Nursery sebelah kiri depan sikit perumahan Taman Indah Sepang. Kalau terlajak sikit takpe masuk je kat perumahan tu untuk ke nursery tu.

Pada aku harga bolehlah dikatakan masih kategori murah berbanding dengan area bangi. 
Rumput philipine/ pearl RM2 sekeping
Tanah seguni RM10
Batu pijak RM8
Batu sg putih sekampit RM15 
Batu sg berwarna @ hitam sekampit RM25

Untuk laman rumah aku beli rumput 17 keping, batu pijak 6 keping, tanah seguni   dan batu sg 6 kampit. Itu jelah yabg mampu nak beli setakat ni hehehe pokok kemudian aku datang lagi beli. 

View di siang hari
View di malam hari
Batu pijak warna merah
Batu pijak warna kelabu

No comments:

Post a Comment