Sunday, 21 July 2013

9th day of renovation

Semalam dah nampak rangka bumbung & hari ni bumbung dah siap.  Yes......

En. Bos minta buat 1 lagi tingkap tambahan kat depan stor nanti sbb takut bilik belakang nanti jadi gelap. So bingkai tingkap pun dh siap pasang kecuali yang 1 tingkap permintaan En. Bos tadi lah.

Esok kemungkinan akan mula plaster dinding. Pemerhatian kami tengok simen kat dinding pun dah kering termasuk 2 tiang yang ikat dinding rumah. Alhamdulillah kegusaran aku selama ni tidak menjadi kenyataan. Risau jugak dinding tak kering lagi kontraktor dah plaster.

Jom layan gambar untuk progress renovation untuk hari ni.
Bingkai tingkap dah pasang
Selepas tingkap ditebuk
Sebelum tingkap ditebuk
Tepi dinding rumah jiran
bumbung dah siap 
ni lah tingkap 1 yang En. Bos suruh tambah
Nampak terang sikit belakang ni
Nak juga bergaya walaupun tengah panas ni

No comments:

Post a Comment